@syauqinbudaknakal[tangis ini tanda kasihku]blogspot.com 2011. Powered by Blogger.
RSS

MENGENAL TIGA JENIS AIR




ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

Sahabatku sekalian yang kukasihi.
Sekadar bacaan dan perkongsian bersama,semoga memberi manafaat untuk semua,sebetulnya perkara ini sangat penting untuk kita semua mengetahui sebab kita semua pasti mengalami perkara ini,sebab itu ana posting untuk tatapan kita bersama supaya tidak menimbulkan keraguan padanya Insya Allah.

Firman Allah yang artinya,
“Allah tidaklah malu dalam menjelaskan hal yang benar.” [QS. Al Ahzab: 53]

Sahabatku yang kukasihi
Apakah makna ,Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi itu..?
Kadang kadang manusia terlampau malu untuk bertanya pasal agama daripada benda benda dunia dan keindahannya (perkara tidak penting)

Apakah makna Air mani , mazi dan wadi.?

AIR MANI
Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan segala bentuk ibadat.

Hukum jika keluar Air Mani -
Hukumnya adalah wajib untuk mandi wajib seperti ayat penerangan aku kat atas Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain mainkan kerana tidak sah segala ibadat jika badan tidak suci dari hadas,baik kecil,lebih lebih hadas besar.

Bagaimana Air Mani boleh keluar -
Air Mani ini takkan keluar kalau tidak diberi ransangan seksual pada alat syahwat,
seperti,melakukan persetubuhan,oral seks dan lain sebagainya.

Pandangan mahzab terhadap air mani -
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki.Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Air Mani pula, air mani lelaki, cirinya; berwarna putih dan tebal/kental.
Adapun air mani perempuan; warnanya kuning dan nipis/cair (yakni tidak kental). Kedua-dua air mani lelaki dan perempuan itu ada ciri kebersamaannya,

Perlu diperjelaskan;
Apabila seorang lelaki menyetubuhi isterinya, kedua-dua suami-isteri wajib mandi walaupun tidak keluar mani. Ini kerana persetubuhan itu sendiri telah mewajibkan mandi tanpa mengira keluar mani atau tidak. Yang dimaksudkan persetubuhan ialah memasukkan zakar ke dalam faraj.

Apabila pakaian seseorang terkena air mani, maka disunnahkan untuk mencuci pakaian tersebut jika air maninya masih dalam keadaan basah. Adapun apabila air mani telah mengering, maka cukup dengan mengeriknya saja.

Hal ini berdasarkan perkataan Aisyah, beliau berkata
“Saya pernah mengerik mani yang sudah kering yang menempel pada pakaian Rasulullah dengan kuku saya.” (HR. Muslim)

AIR MAZI
Air Mazi ialah cecair jernih yang Keluarnya air ini disebabkan syahwat yang muncul ketika seseorang memikirkan atau membayangkan jima’ (hubungan seksual) atau ketika pasangan suami istri bercumbu rayu (biasa diistilahkan dengan pemanasan, untuk saling memberi ransangan pada pasangan,

Hukum jika keluar Air Mazi -
Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin sholat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.

Bagaimana Air Mazi boleh keluar -
Selain daripada pandangan yang memberangsangkan banyak lagi sbb kenapa air mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil.

Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing.

Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.
Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit,Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,ini juga adalah sejenis air mazi.

Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -
Semua Ulama bersetuju yang air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi.Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam islam,sama haramnya memakan tahi atau meminum air kencing.

Maklumat tambahan tentang Air Mazi -
Bagi mereka yang selalu melakukan seks oral.Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini juga adalah diharamkan, Di ingatkan sekali lagi,air mazi adalah HARAM untuk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS. Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi.

Air Mazi : cirinya adalah melekit dan keluar dari kemaluan (zakar atau faraj) biasanya tatkala naik syahwat.

Apabila air madzi terkena pada tubuh, maka wajib mencuci tubuh yang terkena air mazi, adapun apabila air ini terkena pakaian, maka cukup dengan memercikkan air ke bagian pakaian yang terkena air madzi tersebut,

Sebagaimana sabda Rasulullah terhadap seseorang yang pakaiannya terkena madzi, cukup bagimu dengan mengambil segenggam air, kemudian engkau percikkan bagian pakaian yang terkena air madzi tersebut.” [Hadith Riwayat Abu Daud,Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad hasan]

Keluarnya air madzi membatalkan wudhu. Apabila air madzi keluar dari kemaluan seseorang, maka ia wajib mencuci kemaluannya dan berwudhu apabila hendak sholat.Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah:
“Cucilah kemaluannya, kemudian berwudhulah.” [HR. Bukhari Muslim]

AIR WADI
Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing..

Bagaimana Air Wadi boleh keluar -
Kadangkala air wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yang terik).

Hukum jika keluar Air Wadi -
Keluarnya air wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat.Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali jika ingin sholat.

Air Wadi cirinya,
cirinya ialah kental, berwarna putih dan keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil,yang kadang terasa kita gelih jika keluar.

NOTE :
Sahabatku semua dimohon memberi bantuan penambahan untuk melengkapkannya sebab perkara ini sangat-sangat penting buat kita semua mohon bantuannya sahabatku,dan kalau ada kekhilafan mohon dibetulkan demi kepentingan ummat sejagat,sekian terima kasih banyak sebelumnya.

DEMIKIANLAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA SEMOGA MANFAAT INSYA ALLAH WASSALAM.


SUMBER:
BY oleh Zubair IbnuAwwam As-Sabah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ShoutMix chat widget
Hide your ShoutBox
Powered By Blogger